Rancangan Pengajaran


RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
PUASA RAMADAN

Tahun                   :               6 Berjaya
Hari                       :               Rabu
Tarikh                   :               22 Oktober 2012
Masa                     :               07.45 – 08.45 am
Tajuk                     :               Puasa Ramadan
Mata Pelajaran     :               Penddikan Islam
Konsep Utama      :              Kewajipan berpuasa
Kata Kunci            :              Pengertian, dalil, rukun, niat, syarat wajib, syarat sah dan perkara yang membatalkan puasa
Objektif Pengajaran    :  Di akhir pembelajaran ini murid dapat :
§  Menyebut  Pengertian Puasa, Dalil, Hukum
§  Menyenaraikan Rukun, Syarat-Syarat Wajib dan Sah Puasa.
§  Menyebut Perkara-perkara yang membatalkan Puasa.
Nilai Murni                  : Bekerjasama dan Yakin
Kemahiran Berfikir     : Membuat Perbandingan, Membuat Urutan, Menyenaraikan
Kaedah Pengajaran     : Perbincangan, Soal Jawab dan Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar : Gambar, Video, BBM Puasa, Internet
Bahan Rujukan           : Buku Teks, Buku Rujukan
Pengetahuan Lepas     : Murid Sudah Biasa Menjalani Ibadah Puasa Ramadan.
Isi Pengajaran   :               Rujuk http://www.norasmah70.blogspot.com/p/pelajaran-1.html


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

CATATAN / BBM

Pendahuluan

Guru meminta murid membaca
doa beramai-ramai

Murid membaca doa


-

Set Induksi

Guru menayangkan video dan
gambar kepada murid

Guru menyoal Murid :
apakah yang kamu semua lihat
dan faham daripada video tersebut?

Guru mengaitkan jawapan murid
 dengan bahan pembelajaran tersebut.

Murid melihat dan menghayati tayangan tersebut

Murid menjawab soalan guru secara individu dan kelas



Murid memahami tajuk yang akan dipelajari

Set induksi :

Mempersembah-
kan sesuatu yang baru dan menarik
minat murid dengan tayangan video

Objektif :

Guru menyatakan tujuan persembahan
dan mengapa mereka perlu mengikutinya.

Video

Perkembangan


Langkah 1

Guru meminta
beberapa orang murid menyebut
 pengertian Puasa

Guru menerangkan secara
terperinci pengertian puasa, dalil
dan hukum

Guru menyoal murid  secara
rawak tentang hukum puasa

Guru mengulas jawapan murid
dan meminta murid membaca
dalil naqli yang dipaparkan

Beberapa orang pelajar menyebut pengertian puasa


Murid mendengar dengan teliti



Wakil daripada murid menjawab pertanyaan guru

Murid  membaca dalil yang dipaparkan








Langkah 2

Guru menyoal murid tentang
syarat wajib puasa dan rukun
puasa yang telah dipelajari pada
pembelajaran yang lepas

Guru mengaitkan jawapan murid
dengan syarat- syarat dan rukun puasa.

Guru mengulas syarat-syarat dan
rukun tersebut

Murid dapat menjawab pertanyaan guru dengan baik




Murid meneroka laman web yang dipaparkan


Murid mendengar ulasan  daripada guru

Merangsang proses mengingat semula




Langkah 3

Guru menayangkan slide tentang
syarat sah puasa dan perkara
 yang membatalkan puasa.

Guru meminta murid membuat
banding beza diantara syarat sah
dan perkara yang membatalkan puasa.

Guru memberi ulasan tambahan
tentang tajuk pelajaran

Murid  memerhati dan berbincang dengan rakan tentang slide yang dipapar.


Murid mengikut arahan guru dengan baik dan membuat banding beza.



Murid  mendengar dan melihat dengan teliti

Menyediakan isi pembelajaran :

Guru menyampaikan isi kandungan
 pengajaran menggunakan kaedah
 penerokaan dan pemusatan murid

Memberi Bimbingan :

Guru memberi panduan kepada murid
 tentang maksud syarat sah dan
 membatalkan puasa.


Langkah 4

Guru membahagikan Murid
kepada beberapa kumpulan

Guru memberi arahan supaya
 murid  berada dalam kumpulan
masing- masing.

Guru menyediakan setiap kumpulan
dengan satu komputer riba.

Guru memberi arahan setiap
 kumpulan supaya melaksanakan
aktiviti yang dipaparkan di laman sesawang.

Aktiviti 1
Aktiviti 2


Murid membentuk kumpulan


Setiap murid mengikut arahan guru dalam masa yang telah ditetapkan



Murid melakukan aktiviti berkumpulan  mengikut masa yang ditentukan oleh guru


Hasil kerja yang telah siap dibentangkan di hadapan kelas

Membuat Pengukuhan :


Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan segala penerangan
 yang diberi dengan menunjukkan
 prestasi mereka



Penilaian terhadap penguasaan Murid

Mengembangkan kemahiran Murid

Penutup

Guru menerapkan nilai murni di akhir pembelajaran

Guru memberikan tugasan kepada murid

Latihan

Guru memberi nasihat kepada murid agar apa yang dipelajari dijadikan iktibar dan menjadi contoh dalam amalan seharian





Murid mendengar arahan guru

No comments:

Post a Comment