Thursday 27 September 2012

refleksi tugasan


Berdasarkan tugasan yang telah diberikan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pentingnya penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpendidikan apabila peluang belajar terbuka luas melalui penggunaan teknologi. Tugasan kali ini meminta saya menyiapkan satu portfolio mengenai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
            Penerangan awal mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah agak kabur dan menyebabkan timbulnya kesukaran bagi saya untuk memahami kehendak tugasan yang telah diberikan. Namun begitu, dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pensyarah dalam memberi penerangan yang lebih jelas sekali lagi telah dapat membuatkan saya dapat memahami kehendak tugasan yang sebenar-benarnya.
            Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini demikian kerana buku-buku yang dibekalkan di perpustakaan IPG Kampus Darulaman tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti di internet. Namun, dalam menyiapkan tugasan ini, sudah pasti terdapat salah dan silap yang dilakukan dengan tidak sengaja malahan kesalahan-kesalahan ini secara tidak langsung boleh mencacatkan hasil kerja saya. Oleh itu, saya dengan segala kudrat yang ada berusaha untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku
            Sungguhpun begitu, saya dapat menyelesaikan semua kekangan yang saya hadapi dengan bijak. Bimbingan daripada pensyarah telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sikap kerjasama dan saling tolong- menolong antara rakan sekelas adalah merupakan nilai-nilai murni yang saya utamakan dalam proses menyiapkan tugasan ini supaya tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

3 comments:

  1. Blog yang menarik dan ceria... tahniah

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang cantik ini,semoga terus berjaya. Sudi-sudikanlah kunjungi blog saya noraishahfadzli.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Free Online Casino Games | Shootercasino
    Try free งานออนไลน์ online slots for fun or for real money. Enjoy our variety 제왕카지노 of casino games including Blackjack, Roulette and deccasino Video Poker. No download required.

    ReplyDelete